Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar madrasah di Malaysia maut dalam perjalanan ke madrasah

Sep 9, 2023 | 2:57 PM
KEMATIAN: Muhammad Hafiz Azizi Mustafa Kamal, 20 tahun, dalam perjalanan dari arah Kampung Sri Bandi Kijal di Kemaman menghala ke madrasah di Kampung Bukit Bading di Ajil dengan menunggang motosikal jenis skuter.
KEMATIAN: Muhammad Hafiz Azizi Mustafa Kamal, 20 tahun, dalam perjalanan dari arah Kampung Sri Bandi Kijal di Kemaman menghala ke madrasah di Kampung Bukit Bading di Ajil dengan menunggang motosikal jenis skuter. - Foto Berita Harian Malaysia

KUALA BERANG: Seorang pelajar madrasah maut apabila motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 382.6 Lebuhraya Pantai Timur 2, laluan Bukit Besi-Ajil, di sini.

Ketika kejadian jam 11.32 malam Jumaat, Muhammad Hafiz Azizi Mustafa Kamal, 20 tahun, dalam perjalanan dari arah Kampung Sri Bandi Kijal di Kemaman menghala ke madrasah di Kampung Bukit Bading di Ajil dengan mengunggang motosikal jenis skuter.

Siasatan awal polis mendapati nahas dipercayai ketika pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan memberhentikan 4WD miliknya di laluan kecemasan untuk membantu rakan yang mengalami kerosakan motosikal.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintenden Raja Saripah Robiah Raja Sulaiman, berkata pemandu 4WD berkenaan ketika itu dari arah FELDA Keratong 9 menuju ke sebuah inap desa di Kuala Terengganu untuk menghadiri program berkaitan kelab bermotosikal.

“Selepas 4WD berhenti lebih kurang 15 minit di lorong kecemasan, datang penunggang motosikal lalu melanggar bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di bahagian kepala sebelum jenazah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Pemandu pacuan empat roda pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Berita Harian Malaysia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg