Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pelajar M’sia merosot dalam penilaian sejagat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pelajar M’sia merosot dalam penilaian sejagat

Dec 06, 2023 | 10:52 AM



PUTRAJAYA: Malaysia mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga-tiga domain literasi dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2022, dengan kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat sebagai antara faktor penyumbang utama.


Hasil kajian Pisa yang dilaksanakan setiap tiga tahun kecuali pada 2021 susulan pandemik itu, skor direkodkan purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Matematik menurun sebanyak 31 mata pada kali ini, Literasi Saintifik (22) dan Literasi Bacaan (27) berbanding Pisa 2018.

Keputusan pentaksiran kali ini turut menyaksikan Malaysia mencatat 52.1 peratus dalam penguasaan minimum Aras 2 hingga tertinggi Aras 6 bagi Literasi Saintifik, manakala Literasi Matematik pula 41.0 peratus dan Literasi Bacaan (41.9).

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Encik Azman Adnan, berkata sebahagian besar daripada 81 negara peserta program anjuran Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) itu turut merekodkan kemerosotan purata pencapaian bagi tiga domain literasi dalam Pisa 2022, yang mana pandemik Covid-19 juga dilihat secara antara faktor penyumbang utama.

Beliau berkata sebanyak 58 negara merosot dalam purata pencapaian Literasi Matematik, termasuk Amerika Syarikat, Hong Kong, Indonesia, Jerman dan Canada; begitu juga 36 negara dalam Literasi Saintifik yang merangkumi Amerika, Perancis, Thailand dan Finland; serta 55 negara meliputi Amerika, Australia, Ireland, Jerman, Canada dan Switzerland dengan keputusan sama bagi Literasi Bacaan.

“Purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Matematik mencatat skor 409 mata kali ini berbanding 440 pada 2018, Literasi Saintifik 416 berbanding 438 mata, dan Literasi Bacaan 388 berbanding 415 mata.

“Purata pencapaian OECD juga menurun dengan merekodkan skor 472 mata kali ini berbanding 489 pada 2018 bagi Literasi Matematik, Literasi Saintifik 485 berbanding 489 mata, serta Literasi Bacaan 476 berbanding 487 mata,” katanya ketika mengumumkan pencapaian Malaysia dalam Pisa 2022, pada 5 Disember.

Sebanyak 199 sekolah serta institusi pendidikan di Malaysia mengambil bahagian berdasarkan persampelan berstrata oleh OECD dalam Pisa 2022, membabitkan penyertaan seramai 7,069 murid lahir pada 2006 yang dipilih secara rawak di bandar dan luar bandar.

Malaysia telah menyertai kajian Pisa sebanyak lima pusingan, iaitu pada 2009, 2012, 2015, 2018 dan 2022 di mana negara serantau yang turut mengambil bahagian ialah Brunei, Kemboja, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand serta Vietnam.

Menjelaskan lanjut, Encik Azman berkata purata pencapaian murid perempuan Malaysia mengatasi murid lelaki dalam ketiga-tiga domain literasi, walaupun skor dicatat kedua-dua jantina itu menunjukkan penurunan pada 2022 berbanding 2018.

Bagi Literasi Matematik, murid perempuan mencatatkan skor 414 mata kali ini, menurun 29 mata berbanding 443 pada 2018, manakala murid lelaki merosot 33 mata apabila merekodkan skor 404 mata berbanding 437.

Bagi Literasi Saintifik, murid perempuan merekodkan skor 423 mata dalam Pisa 2022, menurun 18 mata berbanding 441 pada 2018, dan murid lelaki merosot 24 mata dengan mencatat skor 410 mata berbanding 434.

Bagi Literasi Bacaan, murid perempuan mencatat skor 404 mata dalam pentaksiran kali ini, menurun 24 mata berbanding 428 pada 2018, manakala murid lelaki merosot 29 mata dengan merekodkan skor 373 mata berbanding 402. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >