Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu lori treler M’sia ubah lirik lagu dangdut ikut selera sendiri

Sep 20, 2023 | 3:43 PM
JADI TULAR: Pemandu lori treler dari Malaysia tarik perhatian orang ramai kerana komentar dan nasihat hariannya yang disampaikan dengan bernyanyi mengikut irama salah satu lagu dangdut semasa beliau memandu.
JADI TULAR: Pemandu lori treler dari Malaysia tarik perhatian orang ramai kerana komentar dan nasihat hariannya yang disampaikan dengan bernyanyi mengikut irama salah satu lagu dangdut semasa beliau memandu. - Foto TIKTOK/MERAHBIRUKUNING2

Kalau sedang bawa kenderaan di lebuh raya dan lihat ada polis buat sekatan.

Pastikan diri sudah baca doa makan.

Moga-moga akan dapat elak daripada disuruh berhenti di tepi jalan.

Itulah antara nasihat lawak seorang pemandu lori treler dari Malaysia yang sering mengubah lirik satu lagu dangdut sebagai cara menghiburkan dirinya semasa memandu.

Pengguna TikTok bernama merahbirukuning2 itu menjadi tular kerana sering memberi bak komentar dan nasihat sambil mengendali lori semasa dalam perjalanan dengan menyanyi dan mengikut irama lagu dangdut, tanpa peduli suaranya yang kadang-kala pecah nada.

Beliau yang juga dikenali sebagai Wak Doremon sehingga kini mempunyai lebih 412,600 pengikut dan beliau mempunyai beberapa video yang mencatatkan jutaan tontonan.

Wak Doremon yang mengendali sebuah lori treler Hino berwarna kuning, sering akan menyanyikan komentar dalam bentuk lagu dangdut apabila perlu berdepan dengan beberapa dugaan semasa dalam perjalanan di sekitar semenanjung Malaysia.

Antara lain ia termasuk apabila dipotong lori lain, melalui zon tol, semasa berkunjung ke bengkel apabila lorinya sedang dibaik pulih, dan melalui sekatan pihak penguatkuasaan.

Apa yang membuat ramai pengguna TikTok geli hati terhadap posnya adalah apabila beliau mengingatkan diri untuk membaca doa makan supaya dapat elakkan diri daripada sekatan polis.

Dalam satu video dimuat naik terdahulu beliau mengkritik seorang pemandu lori di depannya yang memotong jalannya.

Dengan irama lagu Kopi Dangdut nyanyian Fahmi Shahab, beliau berkata:

“Kenapa lori depan sudah jalan perlahan?

“Tadi dia potong macam nak pergi ke bulan.

“Oh dekat depan sudah ada buat sekatan (polis).”

View post on TikTok

“Tangan melambai suruh ke tepi, habislah dia kena tahan!”

Namun dalam satu lagi video pula Wak Doremon pula disuruh ke tepi jalan oleh polis dalam satu lagi sekatan jalan raya.

“Sekali pandang macam polis di tepi tiang.

“Duduk bawah pokok pakai cermin mata hitam.

“Sampai depan rupanya ada buat sekatan.

“Sampai terkejut lupalah pula baca doa makan!”

Menyusuli video itu, seorang pengguna bernama nurhidayah sambil gelak ketawa berkata:

“Akhirnya abang Doremon kena tahan. Selalunya asyik terlepas sahaja!”

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg