Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penahanan lelaki pandu kereta mewah bawa rampasan dadah RM6.94 juta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penahanan lelaki pandu kereta mewah bawa rampasan dadah RM6.94 juta

Nov 22, 2023 | 11:22 AM



MELAKA: Polis menumpaskan satu sindiket dadah di negeri ini dengan penahanan seorang lelaki yang menaiki kenderaan mewah, sebelum membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah termasuk syabu bernilai lebih RM6.94 juta ($1.99 juta) pada 18 November lalu.


Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka bersama pasukan Peronda Lebuh Raya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang memintas kereta Volswagen Passat dipandunya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata penahanan pemuda itu hasil maklumat dan risikan JSJN Melaka mengenai kegiatan sindiket pengedaran dadah yang disyaki aktif di Melaka sejak 2022.

“Pasukan kemudian membawa lelaki terbabit bersama kereta ke IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta berkenaan, polis merampas syabu seberat 10.392 kilogram (kg) dianggar bernilai RM342,943 yang disorok di antara tempat duduk belakang dan but kereta,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada Selasa.


Mengulas lanjut Datuk Zainol berkata hasil siasatan, suspek kemudian membawa pasukan polis ke satu kondominium di Jinjang, Kuala Lumpur, pada hari sama.

“Di sana, polis JSJN Melaka bersama-sama JSJN Kuala Lumpur menahan dua lelaki masing-masing berusia 46 dan 51 tahun serta merampas dadah pil ekstasi seberat 67 kg, syabu 26 kg dan 103,700 biji pil erimin 5, keseluruhannya dianggarkan bernilai RM6.6 juta.

“Ujian saringan air kencing ke atas tiga individu berasal dari Johor itu mendapati dua suspek yang ditahan di kondominium itu positif dadah, methamphethamine, selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah termasuk bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya.


Beliau berkata sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak awal 2022 dan semua dadah dirampas dipercayai untuk pasaran dalam dan luar negara yang boleh digunakan untuk seramai 508,994 penagih.

Katanya polis juga menyita harta yang dirampas daripada individu berkenaan merangkumi sebuah kereta Volkswagen, wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM177,000.

“Ini adalah rampasan terbesar dengan nilai keseluruhan jumlah rampasan dadah dan harta yang disita dianggarkan RM7.12 juta,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >