Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Peras ugut RM35,000: 8 polis Seri Alam, JB ditahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Peras ugut RM35,000: 8 polis Seri Alam, JB ditahan

Feb 07, 2024 | 12:54 PM



JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan tujuh anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor Bahru, ditahan pada 6 Februari bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000 ($9,889).


Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar, berkata kesemua lapan individu berusia 20 hingga 50 tahun itu direman empat hari bermula 6 hingga 9 Februari ini untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Pada 9.32 malam pada Isnin (5 Februari), kami menerima laporan berkaitan kes dakwaan pemerasan membabitkan wang tunai berjumlah RM35,000 oleh pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam.

“Kes diklasifikasikan dan disiasat bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan. Kes masih pada peringkat siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia pada 7 Februari.


Encik Kumar berkata orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.

Pada masa sama beliau menegaskan, pihaknya komited dalam usaha memerangi sebarang masalah integriti dan salah laku jenayah dalam kalangan pegawai serta anggota pasukan itu demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap polis.

“Mana-mana pegawai yang dipercayai melakukan jenayah, akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi berlandaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, seorang tukang cuci wanita berusia 41 tahun dikatakan membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa seorang anggota polis meminta wang RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah.

Pengadu dikatakan hadir ke IPD Seri Alam dan menyerahkan wang berjumlah RM35,000 kepada anggota polis berkenaan, namun mendakwa adiknya masih tidak dibebaskan hingga kini.

Susulan itu, enam lelaki dan dua wanita yang juga pegawai serta anggota polis IPD Seri Alam ditahan kira-kira 2 pagi 6 Februari untuk siasatan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >