KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, yang dipenjarakan, gagal dalam permohonannya untuk memperoleh kebenaran bagi menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.
Dengan itu Encik Najib yang disabitkan bersalah atas kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 2022, kekal menjalani baki hukuman di Penjara Kajang, di Selangor.
Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Disember menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Encik Najib, bagi memaksa kerajaan Malaysia dan enam yang lain untuk melaksanakan titah adendum atau perintah tambahan yang dikatakan dikeluarkan pada Januari 2024, bagi membolehkannya menjalani hukuman tahanan rumah.
Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari 2024.
Butiran lain selanjutnya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg