Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Daud Kilau

Dec 19, 2023 | 1:00 PM
M DAUD KILAU: Disifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai permata tanah air.
M DAUD KILAU: Disifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai permata tanah air. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bintang legenda, Allahyarham Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI), Teluk Intan, petang 18 Disember.

Melalui hantaran dalam media sosial rasminya, Datuk Anwar berterima kasih kepada Allahyarham Datuk M Daud Kilau kerana menghiburkan rakyat Malaysia dan menyifatkan seniman digelar Raja Gelek itu sebagai permata tanah air.

“Saya utus takziah buat keluarga almarhum Datuk M Daud Kilau yang melaporkan Allahyarham telah kembali dijemput Ilahi.

“Mendoakan Allahyarham diampuni rohnya dan diberi tempat yang terbaik di sisi-Nya. Semoga Allah swt kurniakan kesabaran tingkat tinggi kepada keluarganya.

“Terima kasih kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Bintang legenda digelar Raja Gelek, M Daud, 85 tahun, menghembuskan nafas terakhir di HTI, Teluk Intan, pada 4.40 petang 18 Disember.

Berita pemergian Allahyarham M Daud yang terkenal dengan imej unik dan dendangan malar segar seperti Cek Mek Molek, dikongsi cucunya dikenali sebagai Hasnor Ikram melalui Instagram Story (IGs).

“Datuk saya, Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi... Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen (AP) Bagan Datuk menyifatkan Allahyarham sebagai permata seni tanah air yang cukup berbakat dan berjiwa besar.

“Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, Allahyarham Datuk M Daud Kilau yang cukup berbakat dan berjiwa besar.

“Sebagai anak jati Bagan Datuk, karya seni beliau bukan sahaja menjadi kebanggaan masyarakat di sini, tetapi juga di seluruh negara. Kehilangan beliau suatu yang mengejutkan dan tiada ganti,” katanya.

Lebih 200 orang sebahagian besar penduduk tempatan, sanak-saudara dan teman memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk M Daud Kilau di Masjid Tuminah Hamidi, dekat Bagan Datuk sebelum bintang legenda itu dijadual dikebumikan selepas zuhur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg