Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis KL siasat kes 3 kucing dibunuh di kediaman pelajar varsiti

Nov 29, 2024 | 11:14 AM
Polis menyiasat kejadian tiga kucing ditemui mati dipercayai dibunuh di kediaman penuntut varsiti swasta di Setapak, Kuala Lumpur, pada 17 November.
Polis menyiasat kejadian tiga kucing ditemui mati dipercayai dibunuh di kediaman penuntut varsiti swasta di Setapak, Kuala Lumpur, pada 17 November. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sedang menyiasat kejadian tiga kucing yang ditemui mati, dipercayai dibunuh di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Wangsa Maju, Penolong Pesuruhjaya Lazim Ismail, berkata pihaknya menerima laporan kejadian yang dipercayai berlaku pada 17 November.

“Tiga kucing itu ditemui mati berlumuran darah di bahagian kepala di tangga kediaman pelajar berkenaan.

“Kejadian itu dimaklumkan seorang pelajar kepada pengawal keselamatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang),” katanya dalam satu kenyataan pada 29 November, lapor portal Free Malaysia Today.

Awal sebelum ini, tular satu video di aplikasi TikTok menunjukkan bangkai tiga kucing dengan kesan kecederaan, dipercayai akibat ditikam di kepala.

Video itu mencetuskan kemarahan netizen yang menggesa Jabatan Veterinar dan polis menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat.

Sebelum ini dalam satu kes berasingan, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan penderaan terhadap kucing di sebuah kediaman di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata lelaki itu ditahan selepas pihaknya mengesan satu rakaman video tular di TikTok, menunjukkan perbuatan kejam suspek menyeret kucing berkenaan.

“Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki menganiaya seekor kucing dengan menariknya menggunakan tali yang diikat di leher haiwan itu,” katanya.

Datuk Rusdi berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di kediamannya pada 24 November.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan khianat terhadap haiwan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg