Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rafizi: Perjanjian Zon Ekon Khas Johor-S’pura dijangka dimeterai akhir 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rafizi: Perjanjian Zon Ekon Khas Johor-S’pura dijangka dimeterai akhir 2024

Perjanjian bakal ditandatangani perdana menteri kedua-dua negara semasa sesi rahat pada akhir 2024
Mar 15, 2024 | 03:53 PM



KUALA LUMPUR: Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani akhir 2024.


Menteri Ekonomi Malaysia, Encik Rafizi Ramli, berkata perjanjian itu akan ditandatangani oleh perdana menteri kedua-dua negara semasa Sesi Rahat Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 akhir 2024.

“Perjanjian bersama itu akan memperinci kerjasama yang dipersetujui oleh kedua-dua negara bagi pembangunan JS-SEZ, termasuk sektor yang akan diberi tumpuan, lokasi serta insentif yang akan ditawarkan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen lewat 14 Mac.

Beliau menjawab pertanyaan Encik Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau), yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini hala tuju dan garis masa pelaksanaan JS-SEZ, lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Rafizi berkata pada masa ini, kerajaan negeri Johor sedang melaksanakan kajian JS-SEZ dan sudah mengemuka laporan interim kajian kepada Kementerian Ekonomi pada 29 Januari.

Menurutnya, satu mesyuarat penyelarasan JS-SEZ yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diadakan pada 28 Februari bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas kementerian dan agensi Persekutuan, sebelum dibincangkan dengan Singapura.

Pada 11 Januari, Datuk Anwar dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyaksikan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahamam (MoU) JS-SEZ di antara Malaysia dengan Singapura.

Memorandum berkenaan ditandatangani Encik Rafizi serta Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.

Perjanjian itu akan memperkukuh lagi hubungan baik di antara Johor dengan Singapura demi kemakmuran dan kemajuan kedua-dua pihak.

Idea penubuhan zon itu pertama kali dicetuskan Encik Rafizi selepas pertemuan dengan kerajaan Johor di Iskandar Puteri pada Mei 2023.

Dua bulan selepas itu, kedua-dua negara bersetuju mengorak langkah lebih jauh dengan menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji daya maju penubuhan zon ekonomi khas berkenaan.

Pada September 2024, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura itu akan mengambil contoh usaha pembangunan Zon Ekonomi Shenzhen yang berupaya merekodkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) mencecah RM1.93 trilion ($55 bilion) pada 2021. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >