Rakyat M’sia pemegang PR S’pura tak boleh ikut TH tunai haji
Rakyat M’sia pemegang PR S’pura tak boleh ikut TH tunai haji
Jun 10, 2023 | 5:30 AM
SAMBUT KETIBAAN JEMAAH: Datuk Seri Syed Saleh menyambut jemaah haji Malaysia di Hotel Al Fajer Albadia, Makkah, pada 2 Jun lalu. - Foto NSTP
Rakyat Malaysia yang memegang status Penduduk Tetap atau PR Singapura (bermastautin tetap), termasuk suami/isteri mereka yang berkerakyatan Singapura, tidak dibenarkan menunaikan fardu haji melalui Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH).
Demikian penjelasan TH kepada pertanyaan Berita Harian mengenai sama ada rakyat Malaysia yang menjadi PR Singapura boleh mengikut pakej yang ditawarkan di Malaysia dengan membawa isteri mereka yang merupakan warga Singapura.
PR Singapura, bagaimanapun, boleh mendaftar untuk menunaikan haji dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Menurut laman Muis, semua warga Singapura dan PR dibenarkan membuat pendaftaran haji.
Laporan berkaitan
Kian ramai di M’sia daftar nama anak sejak kecil untuk tunai haji May 30, 2023 | 1:34 PM


