Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rakyat mula manfaatkan pemberian e-Madani RM100

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rakyat mula manfaatkan pemberian e-Madani RM100

Dec 06, 2023 | 11:50 AM



KUALA LUMPUR:  Rata-rata rakyat Malaysia yang permohonan mereka mendapatkan e-tunai RM100 ($28.70) menerusi e-Madani diluluskan, melahirkan rasa syukur dan lega, sekali gus mula memanfaatkan bantuan berkenaan untuk pelbagai tujuan.


Dengan tujuh juta permohonan diterima dalam tempoh sehari ketika ia mula dibuka 4 Disember, mereka yang layak boleh menebus e-Madani untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan atau kod QR DuitNow iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Proses penebusan kredit e-tunai eMadani sebanyak RM100 yang diberikan kerajaan sejak 4 Disember ternyata menerima respon positif daripada orang ramai. Ini kerana bantuan kerajaan itu sudah pasti diperlukan terutama kepada mereka yang memerlukannya.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bantuan kredit e-Madani yang dilaksanakan secara sekali bayar itu dibuka bagi pendaftaran dan tuntutan mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Inisiatif daripada Kementerian Kewangan (MoF) itu bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai yang memberi manfaat kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.

Bagaimanapun ramai juga mengadu proses penebusannya agak sukar dilakukan terutama kepada mereka yang agak berusia.

Namun, rata-rata penerima yang ditemui MalaysiaGazette berharap penebusan melalui perkhidmatan e-dompet terpilih perlu lebih mesra dan memudahkan pengguna semua peringkat usia.


Di Selangor, bagi peniaga ayam goreng di Tapak Penjaja Seksyen 7, Shah Alam, Encik Juhaizie Juhar, 32 tahun, pemberian e-tunai tersebut, turut memberi kesan langsung kepada peniaga kecil sepertinya kerana sudah tentu penerima akan berbelanja, lapor Berita Harian Malaysia.


Pekerja swasta, Encik Afiq Razali, berkata kejayaan dalam pelaksanaan program e-Madani yang menyalurkan e-tunai RM100 kepada rakyat layak melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna, wajar diperluas untuk program bantuan kewangan kerajaan yang lain.

“Syarikat-syarikat e-tunai ini juga secara tidak langsung lebih kompetitif dalam memberikan tawaran untuk menarik orang ramai menggunakan aplikasi mereka dan ini juga menjadi kelebihan kepada pengguna untuk memilih mana-mana aplikasi,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >