Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Skim perubatan percuma Madani, manfaat 800,000 pesakit kurang mampu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Skim perubatan percuma Madani, manfaat 800,000 pesakit kurang mampu

Dec 15, 2023 | 12:18 PM



KUALA LUMPUR: Daya usaha kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan Madani sejak 15 Jun telah memanfaatkan hampir 800,000 pesakit ringan yang mendapat rawatan percuma di klinik swasta berdaftar membabitkan kos RM62.5 juta ($17.78 juta).


Menteri Kesihatan yang baru, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sehingga kini sebanyak 1,005,645 rawatan sakit ringan diberikan kepada 785,623 pesakit, melalui 2,506 klinik swasta dengan jumlah perbelanjaan berkenaan.

“Kerajaan telah menunjukkan komitmen berterusan terhadap skim ini dengan memberi peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2024, agar skim ini dapat diteruskan pada tahun depan (2024).

“Kementerian Kesihatan Malaysia dan ProtectHealth akan terus komited memantapkan gerak kerja dalam meningkatkan penglibatan klinik swasta di seluruh negara, bagi memperluas akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan kesihatan yang bermutu,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Skim Perubatan Madani adalah daya usaha kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 (pendapatan 40 peratus terbawah).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Skim Perubatan Madani dalam Belanjawan 2023 berkata ia adalah antara daya usaha kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan.

Selain itu, ia turut bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di klinik pengamal perubatan swasta umum (GP) yang berhampiran.

Peruntukan menerusi skim itu adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.

Skim itu ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah, dengan membantu menampung kos rawatan sakit ringan di klinik swasta yang berdekatan, tanpa sebarang caj.

Semakan kelayakan dan carian klinik swasta boleh didapati melalui laman web, ProtectHealth di www.protecthealth.com.my, aplikasi ‘Skim Perubatan Madani’ dan MySejahtera.

Dalam pada itu, Datuk Dr Dzulkefly menegaskan saranan pengambilan vaksin dos penggalak diutamakan bagi warga emas dan golongan yang mempunyai penyakit dan kronik, sebagai langkah pencegahan risiko jangkitan Covid-19.

“Keutamaan saranan itu adalah untuk mereka yang berisiko tinggi iaitu warga emas dan pesakit komorbid seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata KKM akan mengeluarkan arahan atau langkah kawalan dari semasa ke semasa termasuk mungkin mewajibkan semula penggunaan pelitup muka sekiranya jumlah kes Covid-19 terus mendadak dan membimbangkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >