Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Suami isteri bunuh anak dijel 30 tahun; terlepas hukuman mati

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Suami isteri bunuh anak dijel 30 tahun; terlepas hukuman mati

Mar 21, 2024 | 03:05 PM



PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini pada 20 Mac menggantikan tuduhan gantung kepada penjara 30 tahun.


Ini selepas mahkamah itu menggantikan tuduhan membunuh kepada homisid salah, atau kematian tidak berniat membunuh, anak lelaki mereka berusia lapan tahun sekitar tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut terhadap Aaron Teoh Eng Wan, 40 tahun, dan isterinya En Sit Mooi, 43 tahun, bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.

Dua hakim lain dalam panel tersebut ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah.

Datuk Hadhariah, dalam menyampaikan keputusan, berkata mahkamah mengetepikan sabitan membunuh dan hukuman mati pasangan itu dan mensabitkan mereka atas pertuduhan homisid salah tidak berniat membunuh.

Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin, terkhilaf apabila tidak membezakan perbezaan antara Seksyen 299 dan Seksyen 300 Kanun Keseksaan yang mewajarkan intervensi Mahkamah Rayuan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pasangan suami isteri itu disabitkan kesalahan membunuh Adrian Teoh Wai Kit, anak sulung daripada dua beradik, di sebuah premis di Regalia Business Centre, Subang Jaya, antara 2 petang hingga 3,30 petang pada 26 Mei 2017.

Peguam S. Jayananda Rao dan Saladin Mohd Yasin, masing-masing mewakili Eng Wan dan Sit Mooi berhujah bahawa pasangan itu tidak sepatutnya disabitkan atas kesalahan membunuh tetapi atas pertuduhan yang lebih ringan iaitu homisid salah tidak berniat membunuh.

Pada 21 Mei 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap pasangan itu selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka.

Mahkamah Tinggi turut menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Eng Wan atas satu lagi tuduhan melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Eng Wan bagaimanapun menarik balik rayuannya pada 20 Mac terhadap keputusan ini kerana dia telah pun menjalani hukuman itu.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zulkifli Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >