Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat peruncit di JB didenda RM10,000 kerana naikkan harga telur

Sep 20, 2023 | 4:46 PM
PANTAU BEKALAN: Seorang anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor membuat pemeriksaan bekalan dan harga telur di sebuah pasar raya di Johor.
PANTAU BEKALAN: Seorang anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor membuat pemeriksaan bekalan dan harga telur di sebuah pasar raya di Johor. - Foto FACEBOOK KPDN JOHOR

JOHOR BAHRU: Akibat menjual telur yang sepatutnya berharga 43 sen sebiji kepada 70 sen sebiji, sebuah syarikat peruncit dikenakan denda RM10,000 ($2,900) oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, selepas tertuduh mengaku salah menjual telur ayam gred B melebihi harga kawalan maksimum yang ditetapkan kerajaan Malaysia.

Telur adalah barang harga terkawal yang diberi subsidi oleh kerajaan Malaysia ketika ini.

Bagi telur gred B, harga kawalan maksimum ditetapkan ialah 43 sen sebiji dan peniaga yang menjual melebihi harga kawalan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Cik Lilis Saslinda Pornomo, berkata pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, tindakan itu dibuat anggota penguat kuasa KPDN Johor Bahru pada 2 Januari lalu, berdasarkan siasatan aduan orang awam di sebuah premis runcit sekitar kawasan Taman Dato’ Onn.

“KPDN Johor melalui anggota penguat kuasa di seluruh Johor akan terus membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan ke atas kedudukan bekalan barang keperluan asas di seluruh negeri.

“Sebagai agensi kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup, pelbagai langkah telah dilakukan bagi memastikan harga barangan adalah berpatutan dan stabil,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Cik Lilis Saslinda, seramai 200 anggota penguat kuasa KPDN Johor sentiasa memantau dan melakukan pemeriksaan agar bekalan barangan keperluan harian mencukupi.

Katanya, peniaga juga dinasihatkan mematuhi segala undang-undang perniagaan yang ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga,” katanya.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg