Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tambang bas Singapore-Johore Express ke S’pura dinaikkan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tambang bas Singapore-Johore Express ke S’pura dinaikkan

Jan 09, 2024 | 01:44 PM



JOHOR BARU: Sejumlah orang yang menyeberang Tambak setiap hari untuk bekerja di Singapura, kecewa kerana tiada lagi pilihan yang lebih murah mulai 9 Januari, selepas satu syarikat bas memutuskan untuk menaikkan tambangnya kepada RM4.80 ($1.37) daripada RM3.30.


Dalam notis yang disiarkan di Terminal Bas Larkin Sentral dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar (BSI CIQ), syarikat bas Singapore-Johore Express (SJE) mengumumkan kenaikan harga sebanyak RM1.50 berkuat kuasa 9 Januari.

Tambang bas adalah sama untuk laluan Larkin Sentral ke Queen Street (Singapura) dan BSI CIQ ke Queen Street.

Penumpang harian Cik S. Kelly, 29 tahun, membuat pengiraan mudah dan membuat kesimpulan bahawa beliau kini perlu belanjakan tambahan RM36 sebulan untuk merentasi sempadan.

“Hanya menunggu masa sebelum syarikat bas menaikkan harga, kerana semuanya semakin mahal hari ini. Saya tidak kisah membayar, kerana bas SJE membawa saya terus ke destinasi saya.

“Terdapat satu lagi khidmat bas yang dikendalikan oleh SBS Transit, yang saya percaya lebih murah, tetapi ia memakan masa kerana ia membuat banyak perhentian di sepanjang jalan,” kata pembantu jualan itu, kepada The Star.


Seorang lagi penumpang bas, Encik Hang Hui Sek, 41 tahun, berkata: “Saya selalunya menaiki bas SJE atau bas kuning ke Queen Street kerana ia berhampiran tempat kerja saya.

“Ia tidak terlalu membebankan, tetapi ia bagus untuk mempunyai alternatif lebih murah,” kata pemandu van itu.

Bas kuning yang dimaksudkan Encik Hang ialah Causeway Link, yang mengenakan bayaran penumpang RM4.80 ke Queen Street, RM4.60 ke Newton dan RM2.60 ke Kranji.

Promoter Encik Alan Kiew, 42 tahun, berkata beliau akan tetap menggunakan SJE walaupun harganya dinaikkan kerana laluan terus.

“Bas itu tidak berhenti dalam perjalanan, kecuali di pusat pemeriksaan imigresen, kemudian terus ke destinasi saya yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam secara keseluruhan.

“Saya pernah melintasi Tambak dengan motosikal, tetapi saya beralih ke bas kira-kira setahun lalu kerana cuaca tidak menentu,” katanya.

Pengurus farmasi Cik Siti Noor Azleen Azlin, 29 tahun, berkata: “Saya tidak memilih bas mana yang saya naiki, kerana saya biasanya menaiki bas yang ada pada masa itu.

“Saya fikir adalah adil bahawa syarikat bas telah menaikkan harganya kerana syarikat lain telah melakukannya sebentar tadi,” tambah Cik Siti Noor Azleen, yang berulang-alik setiap hari ke Singapura sejak empat tahun lalu.

Ketua stesen Larkin Sentral SJE, yang hanya dikenali sebagai Encik Lim, berkata sudah bertahun-tahun sejak syarikat bas itu kali terakhir menaikkan harganya.

Beliau berkata hanya tambang dari Johor Bahru ke Singapura yang dinaikkan manakala tambang untuk laluan pergi balik kekal $3.30 (RM11.54).

“Bas kami, dan kami adalah salah satu syarikat bas tertua yang menawarkan perkhidmatan rentas sempadan, kebanyakannya sesak dari 5.30 pagi hingga 9 pagi pada hari bekerja, kerana orang ramai bergegas ke tempat kerja.


“Masih terdapat permintaan untuk perkhidmatan kami, kerana kami adalah salah satu daripada tiga syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan rentas sempadan pada masa ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >