Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tarif air di M’sia antara terendah di Asean

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tarif air di M’sia antara terendah di Asean

Jan 05, 2024 | 12:41 PM



SHAH ALAM: Malaysia adalah antara negara yang mengenakan purata tarif terendah bagi setiap meter padu air berbanding negara lain di rantau ini.


Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) menerusi soalan lazim mengenai pelarasan tarif air memaklumkan Malaysia mengenakan kadar keempat terendah dalam kalangan negara Asean setakat 2022, iaitu RM1.22 ($0.35) bagi setiap meter padu air.

Myanmar mengenakan caj sebanyak sembilan sen, Brunei (35 sen) dan Indonesia (RM1.15) untuk jumlah isi padu air sama.

Kadar yang dikenakan negara jiran lain pula lebih tinggi iaitu RM1.37 di Vietnam, Thailand (RM1.68), Filipina (RM2.92) dan Singapura (RM5.88).

Menurut Span, terdapat beberapa negeri di Malaysia yang tarifnya tidak disemak melebihi 25 tahun, iaitu Pahang dan Perlis, dengan semakan terakhir masing-masing adalah pada 1983 dan 1996.

Span turut memaklumkan purata kos keseluruhan bagi merawat serta membekalkan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan pada 2020 ialah RM1.68 bagi setiap meter padu.

“Purata tarif yang dikutip daripada pengguna adalah lebih rendah daripada purata kos keseluruhan iaitu RM1.37 per meter padu pada tahun sama (2020),” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Span berkata kadar tarif perlu disemak bagi membolehkan pelaksanaan pembangunan prasarana bekalan sebagaimana yang dirancang agar isu atau aduan bekalan air dapat diatasi dan diselesaikan.

Menurutnya, prestasi kewangan yang lemah boleh menjejas tahap perkhidmatan pengendali sekali gus tidak dapat memenuhi permintaan pengguna.

Span adalah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan mengawal selia perkhidmatan bekalan serta perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia, Putrajaya dan Labuan.

Selain itu, menurut Span, pelarasan tarif air yang dijangka berlaku pada 2024 bertujuan untuk memastikan kemampanan perkhidmatan dan bukan bagi syarikat air mengaut keuntungan berlebihan.

Badan itu telah menjalankan kajian Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) untuk memastikan pelarasan tarif yang adil buat kedua-dua syarikat air dan pengguna.

“Kami mengambil kira perbelanjaan operasi (opex) dan perbelanjaan modal (capex) syarikat, dan kami telah menentukan kadar (tarif) yang sepatutnya dilaksanakan, dan bukan pengendali yang menentukannya,” katanya, lapor The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >