Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tersentuh lihat pasangan warga emas berbelanja, naib kadi di Johor hulur bantuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tersentuh lihat pasangan warga emas berbelanja, naib kadi di Johor hulur bantuan

Apr 12, 2024 | 04:50 PM



KULAI (Johor): “Waktu itu dua hari lagi nak Raya, kebetulan saya sudah tiada bapa... jadi lihat pak cik itu saya terbayangkan dia macam bapa sendiri.”


Itu reaksi Naib Kadi Daerah Kulai, Johor, Encik Muhammad Ismail Sajiman, ketika berkongsi kisah di sebalik pertemuannya dengan suami isteri yang mengundang sebak hingga beliau tergerak hati membantu mereka.

Kisah itu dikongsikan Encik Ismail menerusi video dimuat naik di akaun TikTok miliknya pada 10 April dan setakat 12 April telah meraih lebih 2.4 juta tontonan dengan rata-rata netizen turut sebak selepas menontonnya.




@ismailsajiman

Sedih Ternampak pakcik makcik ni berkira2. Rupanya sedang belanja persedian hidangan raya untuk anak OKU mereka😔😭 #aidilfitri #hariraya #sedih #kesusahan #pengorbanan #oku #kongsirezeki #ustis #fyp #CapCut @econsavemalaysia

♬ Setitis Cahaya Di Aidilfitri - Aishah



Bercerita lanjut, Encik Ismail berkata video itu dirakam secara spontan ketika beliau berada dalam sebuah pasar raya di sini pada 8 April, lapor Berita Harian Malaysia.


“Waktu itu, mereka kebetulan berada di depan saya dan yang sedihnya saya nampak pak cik itu berkira-kira untuk membeli barang. Mulanya saya perhatikan dulu dan waktu nak bayar, jumlah keseluruhannya RM80.80 ($23) dan dalam dompet hanya ada RM80 jadi mereka perlu tambah 80 sen.

“Nampak sedih kerana mereka ambil barangan keperluan seperti beras dan gula, itu pun cukup-cukup saja, jadi selepas selesai urusan di kaunter, saya hulurkan sedikit sumbangan kerana dah niat nak bantu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Lebih membuatkan Encik Ismail tersentuh apabila melihat reaksi lelaki berkenaan yang begitu menghargai sumbangan diberikan olehnya kerana sangat terharu.

“Saya sempat minta nombor telefon pak cik itu dan tanya serba sedikit latar belakangnya sebelum beredar.

“Menurut pak cik itu, dia dan isteri mempunyai dua anak namun seorang daripadanya sudah meninggal dunia manakala, seorang lagi Orang Kurang Upaya (OKU) kategori kesihatan mental.

“Mereka ada dapat bantuan My Kasih tapi itu pun atas kapasiti ada anak OKU, jadi sedih dengar ceritanya namun itulah realitinya dan kisah benar, bukan content (kandungan).


“Apa yang buat saya sebak adalah ia berlaku sebelum nak Raya dan nampak ada orang susah depan mata di kala orang lain teruja nak beraya,” katanya.

Encik Ismail berkata video itu dimuat naik selepas mendapat izin daripada pasangan berkenaan dengan niat memberi peringatan kepada yang menonton untuk menghargai ibu bapa, keluarga dan tahu erti syukur kerana ramai di luar sana dalam kesusahan.

“Diharap, kisah dikongsikan itu dapat diambil sebagai iktibar untuk kita menghargai keluarga selagi mereka masih ada dan cuba bantu tak semestinya dalam jumlah banyak.

“Selain itu, mereka yang menonton juga boleh ambil positif daripada video saya dengan lihat sisi mahal iaitu betapa romantiknya pak cik dan mak cik itu walaupun hanya Allah swt saja tahu kesusahan mereka.


“Jujurnya, saya bersyukur dipertemukan dengan pak cik dan mak cik itu serta sudah merujuk kes mereka dengan jabatan agama memandangkan saya pun amil zakat,” katanya.

Beliau menambah, usahanya membantu yang memerlukan juga tidak akan terhenti di situ sebaliknya berterusan menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Pertubuhan Darul Salam ditubuhkan sejak tiga tahun lalu.

“NGO itu saya tubuhkan dengan fokus membantu anak yatim menerusi bantuan kilat tapi akan gerakkan juga inisiatif kesan mereka yang memerlukan bagi memperluaskan aktiviti kebajikan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >