Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Tiada lagi peluang cium tangan ayah, ibu dan adik-adik di pagi Aidilfitri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiada lagi peluang cium tangan ayah, ibu dan adik-adik di pagi Aidilfitri

Tinggal berdua selepas nahas jalan raya pada Sep 2023 korbankan enam anggota keluarga termasuk kededua orang tua
Apr 15, 2024 | 11:46 AM



Aidilfitri buat dua beradik yatim piatu, Encik Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 tahun, dan adiknya, Abdullah, 16 tahun, tidak lagi sama seperti dulu.

Tiada lagi peluang mencium tangan kedua ibu bapa dan empat lagi ahli keluarga mereka sebagaimana kelaziman pada setiap Syawal.

Ternyata bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan enam ahli keluarga sekali gus yang terkorban dalam kemalangan jalan raya, tetapi kata Encik Abdur Rahman, mereka reda dan harus menerima ketentuan itu.

Kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, di Johor, pada 6.30 petang, 1 September 2023 itu meragut nyawa bapa Encik Abdur Rahman, Allahyarham Amir Ruddin Ismail, 46 tahun, dan ibunya, Allahyarhamha Noorahimah Noor Muhamad, 43 tahun.

Empat adik-beradiknya, Fatimatulzahrah, 17 tahun; Seri Khadijah Aqilah, 13 tahun; Rufaidatul Asyariyah, 10 tahun; dan Muhammad Assyakrawi, lima tahun, turut terkorban dalam nahas itu.

Perkongsian Encik Abdur Rahman mengenai sambutan Syawal 2024 yang buat kali pertama tanpa kedua ibu bapa, menjentik hati setiap yang membacanya.

“Berbeza gambar tapi tidak dalam kenangan. Selamat Hari Raya ibu, abi (ayah) dan adik semua. Nanti abang balik kita orang sama-sama ziarah rumah keluarga kita ya. Al-Fatihah,” kongsi Encik Abdur Rahman di Instagram.

Gambar itu memaparkan beliau bersama adiknya, Abdullah, memakai persalinan baju Melayu berwarna hijau, selain gambar lama Encik Abdur Rahman sedondon berbaju biru bersama keluarganya ketika sambutan Aidilfitri 2023.

Pelbagai kata semangat dan doa ditinggalkan sahabat dan pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan Encik Abdur Rahman dan Abdullah.

Kisah tragik menimpa keluarga mereka sebelum ini turut mendapat liputan meluas media, selepas enam ahli keluarga termasuk kedua ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Cerita Encik Abdur Rahman, leteran ibu bapa di pagi Raya dan kemeriahan celoteh empat adiknya sangat dirindui dan beliau bersyukur sempat merakam gambar Raya terakhir lengkap sekeluarga pada Raya ketiga Aidilfitri 2023.

“Kami terlalu rindu suara mereka, tiada lagi leteran abi dan ibu kedengaran di pagi raya kali ini dan gambar kami sekeluarga dirakam di rumah nenek pada Raya ketiga Syawal 2023 ialah yang terakhir. Tidak pernah terlintas di fikiran akan jadi begitu,” katanya melalui Instagram.


Encik Abdur Rahman berkata Aidilfitri 2024 disambut bersama keluarga di rumah nenek sebelah bapa mereka di Kampung Batu Kapur, Temerloh, Pahang.

“Walaupun mereka sudah tiada, Syawal tetap disambut, namun penuh sederhana. Yang penting ingatan kami tidak pernah lupa buat mereka. Setiap hari hanya doa dapat dikirim sebagai pengubat rindu,” katanya.

Encik Abdur Rahman kini menjadi tonggak buat adiknya, Abdullah, selepas mereka hilang tempat bergantung dan hanya menumpang kasih nenek, ibu saudara dan bapa saudara mereka sejak tragedi malang itu.

Abdullah, satu-satunya yang terselamat dalam nahas ngeri itu, semakin pulih daripada kecederaan akibat kemalangan itu, namun tragedi tujuh bulan lalu itu masih segar dalam ingatannya.

“Mereka tak mungkin hilang daripada ingatan saya. Saya kerap teringatkan mereka. Biasanya kalau hendak tidur, saya teringat wajah mereka, wajah penuh senyum, ketawa dan saya terlalu merindui mereka,” kongsinya.

Ketika berita kemalangan itu dilaporkan media, Encik Abdur Rahman turut mencuri tumpuan masyarakat apabila beliau sendiri mengimamkan solat jenazah enam ahli keluarganya yang terkorban itu.

Kebolehan Encik Abdur Rahman pada usia 19 tahun mengimamkan solat jenazah walaupun berlinangan air mata pilu, mendapat pujian ramai yang menyifatkan ibu bapa beliau berjaya mendidiknya dengan baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >