Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada tol di lebuh raya M’sia 8-9 April, kecuali di Koswe, Linkedua

Mar 29, 2024 | 12:23 PM
Tol tetap dikenakan di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Linkedua, Gelang Patah. 
Tol tetap dikenakan di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Linkedua, Gelang Patah.  - Foto fail

KUALA LUMPUR: Tol tidak akan dikenakan bagi kenderaan privet di semua lebuh raya di Malaysia pada 8-9 April sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bayaran tol ditiadakan dari 12.01 tengah malam pada 8 April hingga 11.59 malam pada 9 April, kata Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan pada 28 Mac.

Namun, tol tetap dikenakan di Plaza tol Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Linkedua, Gelang Patah. 

Hari Raya Aidilfitri di Malaysia dijangka jatuh pada 10 April dan penduduk di seluruh negara itu dijangka memulakan perjalanan ‘balik kampung’ beberapa hari sebelum itu.

Menteri Kerja Raya, Encik Nanta Linggi, memberitahu wartawan keputusan meniadakan tol adalah satu tanda kasih dan bertujuan berkongsi nikmat Aidilfitri dengan semua warga Malaysia.

Namun, ia dijangka mengundang lebih banyak kenderaan di lebuh raya, yang dijangka meningkat kepada sebanyak 2.46 juta sehari, kata beliau.

Pemandu dan pengguna lain jalan raya yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan digalak mengatur perjalanan mereka lebih awal dan mengikut panduan jadual perjalanan yang disediakan di aplikasi MyPLUS-TTA. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg