Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tukang rumah dipenjara 5 bulan laku ugutan terhadap keluarga Harith Iskander

Jan 31, 2025 | 4:07 PM
Tukang rumah, Izzuddin Md Salim, 32 tahun (tengah) yang menghantar kata-kata ancaman jenayah terhadap keluarga pelawak Malaysia, Harith Iskander, dikenakan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada 31 Januari.
Tukang rumah, Izzuddin Md Salim, 32 tahun (tengah) yang menghantar kata-kata ancaman jenayah terhadap keluarga pelawak Malaysia, Harith Iskander, dikenakan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada 31 Januari. - Foto KOSMO!

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang tukang rumah yang menghantar kata-kata ancaman jenayah terhadap keluarga pelawak Malaysia, Harith Iskander, memakan diri apabila dia dipenjara selama lima bulan dan dikenakan denda RM2,000 ($617) oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada 31 Januari.

Majistret S Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Izzuddin Md Salim, 32 tahun, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula daripada hari tertuduh ditangkap pada 24 Januari dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama sebulan lagi.

Izzuddin didakwa menghantar WhatsApp berserta gambar mengandungi kata-kata ugutan yang bermaksud tertuduh akan melakukan jenayah rogol dan bunuh kepada Dr Jezamine Lim iaitu bekas isteri Harith, yang mana perbuatan tertuduh telah menakutkan secara jenayah.

Terdahulu selepas fakta kes dibacakan, Majistret Mageswary bertanyakan kepada tertuduh adakah benar fakta kes berhubung tuduhan itu.

“Betul (fakta kes)… niat saya hanya ingin mainkan perasaan Harith Iskander saja. Saya tiada maksud yang lain,” jawap tertuduh dalam kandang tertuduh di mahkamah, lapor Kosmo!.

Media Malaysia pada 26 Januari lalu melaporkan polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki mengeluarkan ancaman bunuh terhadap Harith dan keluarganya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata suspek direman bagi membantu siasatan susulan laporan bekas isteri Harith yang juga pengurusnya, Dr Jezamine Lim di Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) membatalkan persembahan Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter yang sepatutnya berlangsung pada 30 Januari malam, susulan ancaman terhadap keluarga pelawak terbabit.

Dr Jezamine menerusi satu kenyataan mengesahkan keputusan berkenaan dibuat bersama pengurusan DFP, selain memaklumkan Harith kecewa dengan pembatalan itu kerana persediaan rapi sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Ancaman dipercayai dibuat selepas Harith memuat naik hantaran dalam media sosial mengenai topik ham dan disambut pengikutnya dengan pelbagai komen termasuk didakwa mengaitkan nama Nabi Muhammad saw.

Tindakan Harith yang dianggap mempersenda isu berkaitan halal dan agama Islam telah mencetus kemarahan ramai sehingga mengundang pelbagai komen dan celaan di media sosial.

Sebelum itu, Malaysia kecoh dengan isu salah guna logo halal dalam penjualan sandwic ham dan cheese di kedai serbaneka KK Mart di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pada awal Januari lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg