Berita Netizen
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak ayam warna-warni jadi berkat majlis perkahwinan di Malaysia, Indonesia

Sep 19, 2025 | 3:42 PM
Comel atau kejam? Anak-anak ayam kini jadi trend sebagai berkat majlis perkahwinan di Malaysia dan Indonesia.
Comel atau kejam? Anak-anak ayam kini jadi trend sebagai berkat majlis perkahwinan di Malaysia dan Indonesia. - Foto FACEBOOK/YAMWARNAWARNIBONDOWOSO

Anak ayam comel berwarna-warni kini menjadi trend untuk dijadikan berkat majlis perkahwinan, tetapi netizen berbelah bagi – ada yang berpendapat langkah itu kejam dan ada pula berpendapat ia idea yang menarik.

Beberapa video dimuat naik di TikTok menunjukkan ia bukan sekadar satu insiden, tetapi sudah menjadi ikut-ikutan orang ramai, menjadi trend yang tular di Internet sejak 2024.

Anak-anak ayam yang asalnya berbulu kuning, diwarnakan dengan warna-warna terang seperti biru, ungu, hijau, merah jambu dan lain-lain.

Menurut netizen, seekor anak ayam berharga RM5 ($1.53), dan ia hanya diletakkan di sebuah bekas plastik pada waktu dibahagikan kepada tetamu, dan bukan sebelum itu.

Namun begitu, ada yang merasakan ia satu ‘tanggungjawab’ berat setelah menghadiri majlis kahwin.

Seorang pengguna TikTok @matchalatte20o, yang memuat naik video anak-anak ayam itu, juga menghentam mereka yang ‘kecam’ pemberian ‘doorgift’ itu.

“Orang kampung okey, terima baik doorgift anak ayam. Ambil bawa balik nak bela ayam di kampung, tak macam duduk bandar. Tak ada pula yang buang tepi jalan,” katanya dalam kapsyen.

Ramai juga menganggap ia satu idea yang kreatif dan teruja dengan hadiah unik itu: “Comel, dah lah berwarna-warni,” kata pengguna @memeymiraie.

Rata-rata komen ‘negatif’ di TikTok hanya mengenai isu penjagaan – ‘susah nak jaga’, ‘kesian anak ayam tak dapat bernafas’, tetapi artikel dari The Rakyat Post, mengetengahkan isu penganiayaan haiwan, yang bersangkut-paut dengan pewarna yang digunakan dan cara ia diwarnakan.

Sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube peta2TV, mendakwa proses mewarnakan anak ayam itu merupakan satu bentuk penderaan haiwan.

Video itu memaparkan seorang lelaki memasukkan anak-anak ayam yang baru menetas ke dalam sebuah baldi besar, mencurahkan pewarna ke atas mereka, lalu menggaulnya seolah-olah sedang menguli tepung.

Anak ayam berwarna bukanlah perkara baru.

Menurut Times of India, anak ayam berwarna dijual secara terbuka di jalanan India, sekali gus menarik perhatian kanak-kanak.

Watch on YouTube

Netizen juga berkongsi ‘budaya’ ini sudah lama ada di Malaysia dan Indonesia, dan anak-anak ayam ini senang didapatkan dari pasar.

Seorang lagi netizen menulis: “Benda kejam dijadikan budaya. Aku rasa tak payah warna kot anak ayam tu. Kuning begitu pun comel dah,” katanya meninggalkan komen di muatan @itscaey di TikTok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg