Cik Mazlina Maridan melahirkan penghargaan atas segala pengorbanan ibunya dalam kiriman fotonya.
Foto dikirim memaparkan ibunya, (berkerusi roda) Cik Zabedah Mahmud semasa melawat beliau di Hospital Ng Teng Fong sewaktu beliau menjalani angiogram untuk jantung kerana mengalami masalah injap jantung beberapa tahun lalu.
Cik Mazlina menulis yang walaupun ibunya yang bakal mencapai 70 tahun itu dalam keadaan kurang sihat, beliau tetap mengambil masa untuk menjaganya dan sentiasa bersama menemani saya di hospital pada masa itu.
“Kasih sayang dan pengobanan mak tidak akan dapat dibalas. Terima kasih Mak kerana menjaga saya walaupun saya sudah mempunyai keluarga sendiri,” tulis beliau.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg