Dalam kita menyambut dan melangkah ke tahun yang baru, kenangan yang lama pasti terus terpahat di hati.
Sempena menyambut tahun yang baru, mata-mata mengajak anda berkongsi memori paling manis yang terakam pada 2024 dan menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan dalam peraduan bulanan pada Januari.
Pembaca boleh berkongsi gambar mencerminkan kenangan terindah itu seperti menyambut kelahiran anak pertama, membeli rumah pertama anda selepas berkahwin atau lulus peperiksaan yang begitu mencbar.
Tiga pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik!
Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya.
Kami menerima apa sahaja foto - yang baru mahupun lama.
Ayuh kirimkan foto anda sekarang!
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg