KECEDERAAN yang ditanggung dan tragedi peribadi yang dialami tidak sedikitpun mematahkan semangat Encik Mohammad Firdaus Toslimin (gambar atas) untuk menamatkan pengajian di menara gading.
Hasil kesungguhannya, penuntut Institut Teknologi Singapura (SIT) itu kini beroleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Fisioterapi.





