Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cabaran demi cabaran dihadapi... Kuatkan semangat untuk lulus pengajian

Oct 23, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh KHALID BABA
- Foto BH oleh KHALID BABA -

KECEDERAAN yang ditanggung dan tragedi peribadi yang dialami tidak sedikitpun mematahkan semangat Encik Mohammad Firdaus Toslimin (gambar atas) untuk menamatkan pengajian di menara gading.

Hasil kesungguhannya, penuntut Institut Teknologi Singapura (SIT) itu kini beroleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Fisioterapi.

Ekoran kecederaan tangan ketika menjalani program kerja sambil belajar di hospital pada tahun ketiganya, Encik Firdaus terpaksa menangguhkan program itu selama tiga bulan.

Keadaan diburukkan lagi apabila bapanya meninggal dunia beberapa minggu kemudian.

Rintangan dan cabaran yang dihadapi jejaka berusia 26 tahun itu hanya menguatkan lagi azamnya untuk membantu orang lain mengatasi masalah fizikal apabila mula bekerja sebagai seorang fisioterapi di Hospital Besar Sengkang pada bulan depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg