SINGAPURA: Jerman akan mengklasifikasikan Singapura sebagai antara kawasan "berisiko tinggi" bagi Covid-19 mulai Ahad (24 Okt), umum agensi kesihatan pemerintah Institut Robert Koch.
Singapura dan empat negara lain - Bulgaria, Cameroon, Croatia dan Republik Congo - akan dimasukkan ke dalam senarai itu selepas laporan bersama Kementerian Kesihatan Jerman, Pejabat Luar dan Kementerian Dalam Negeri, Bangunan dan Masyarakat diterbitkan pada Jumaat...






