MANTAN Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Abdul Aleem Siddique, Haji Abdul Jalil Sidik Mohamad Rasheed, meninggal dunia petang semalam selepas mengalami masalah pernafasan ekoran jangkitan paru-paru.
Allahyarham, usahawan perkapalan berusia 72 tahun, sudah tiga hari dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Besar Singapura (SGH).





