Apabila tidak melihat jiran yang tinggal sederet rumahnya selama hampir sebulan, pelakon dan penyiar radio sambilan Mediacorp Warna 942, Junaidah Eksan, terpanggil untuk menjenguk keadaan jiran tersebut yang merupakan seorang warga emas yang tinggal bersendirian.
Selepas bertanya kepada jiran yang lain di blok yang sama, Junaidah mendapat tahu bahawa jiran tersebut yang merupakan wanita Cina dalam lingkungan 80 tahun telah...




