SINGAPURA mencatat sejumlah 555 kes Covid-19 baru pada Sabtu (11 Sep), termasuk 486 kes dalam masyarakat dan 64 penghuni asrama pekerja asing. Lima lagi adalah kes import. Daripada kes baru itu, 66 kes merupakan kelompok Chinatown Complex, dengan 63 kes bekerja di situ. Mereka termasuk 58 pengendali gerai dan pembantu gerai, empat pekerja pembersihan dan seorang duta jarak selamat.
...




