NEW YORK: Pemain tenis Russia Daniil Medvedev memenangi kejuaraan Grand Slam pertama dan menghancurkan harapan Novak Djokovic untuk menyapu bersih semua Grand Slam pada tahun ini selepas beliau menewaskan warga Serbia itu di final Terbuka Amerika Syarikat semalam.
Medvedev, 25 tahun telah tewas dalam kededua final Grand Slam yang ditandinginya sebelum ini, tetapi mengelak hatrik kekalahan dengan menewaskan Djokovic 6-4,...





