Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Medvedev musnahkan impian Djokovic

Sep 14, 2021 | 5:30 AM
TIDAK DIJANGKA: Daniil Medvedev (kanan) memegang trofi Terbuka AS semasa bergambar dengan Novak Djokovic selepas perlawanan mereka semalam. Medvedev mengatasi Djokovic dalam straight set, menghancurkan harapan Djokovic hendak sapu bersih semua Grand Slam musim ini. - Foto EPA-EFE
TIDAK DIJANGKA: Daniil Medvedev (kanan) memegang trofi Terbuka AS semasa bergambar dengan Novak Djokovic selepas perlawanan mereka semalam. Medvedev mengatasi Djokovic dalam straight set, menghancurkan harapan Djokovic hendak sapu bersih semua Grand Slam musim ini. - Foto EPA-EFE -

NEW YORK: Pemain tenis Russia Daniil Medvedev memenangi kejuaraan Grand Slam pertama dan menghancurkan harapan Novak Djokovic untuk menyapu bersih semua Grand Slam pada tahun ini selepas beliau menewaskan warga Serbia itu di final Terbuka Amerika Syarikat semalam.

Medvedev, 25 tahun telah tewas dalam kededua final Grand Slam yang ditandinginya sebelum ini, tetapi mengelak hatrik kekalahan dengan menewaskan Djokovic 6-4, 6-4, 6-4.

Djokovic, pemain nombor satu dunia sebelum ini telah memenangi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon pada tahun ini.

Beliau, 34 tahun, juga sedang memburu kejuaraan Grand Slam lelaki yang ke-21.

Jika menang semalam, beliau boleh mengatasi rekod kemenangan yang kini dikongsi dengan Roger Federer dan Rafael Nadal, tetapi sebelum pertandingan itu, Djokovic berkata memenangi empat Grand Slam dalam tahun yang sama adalah penapaian terhebat yang sedang diburuinya.

Akhirnya, hasratnya menjadi pemain keenam menyapu bersih semua Grand Slam dalam setahun, dan menjadi lelaki pertama berbuat demikian sejak Rod Laver pada 1969 tidak kesampaian. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg