HARGA saham Singapore Press Holdings naik 1 peratus apabila perdagangan bermula semalam, menyusuli sokongan hampir sebulat suara daripada pemilik saham untuk memisahkan perniagaan medianya.
Kaunter meningkat kepada $1.96 pada 9.10 pagi, bertambah 1.03 peratus berbanding daripada $1.94 apabila perdagangan ditutup pada Jumaat lalu.





