KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan harian Covid-19 di Malaysia dijangka boleh menurun di bawah 1,000 kes pada awal Disember depan, sekiranya imuniti kelompok berjaya dicapai menjelang 31 Oktober ini.
Ia berdasarkan Model Pemerhatian dan Jangkaan Kes Harian Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), yang dimuat naik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini.





