Skim Dana Amanah Keperluan Khas Muis akan dilanjutkan selama dua tahun lagi sehingga akhir 2023 agar lebih ramai keluarga dapat meraih manfaat, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Sejak ditubuhkan pada 2019, skim berkenaan telah memanfaatkan lebih 30 keluarga yang menubuhkan akaun amanah untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas, menurut Encik Masagos semasa meraikan...




