SEKITAR 40,000 orang dari keluarga berpendapatan rendah yang menerima bantuan makanan kini boleh membeli sendiri makanan tersebut pada bila-bila masa.
Semalam, Food Bank Singapura, sebuah badan kebajikan, mengumumkan program baru yang membolehkan benefisiari mereka membeli makanan dari kedai makanan dan minuman (F&B) pilihan mereka sendiri.





