Profesor Bob Lubis menghadap cermin sambil memperkemaskan kemeja batik berlengan panjang yang membalut tubuhnya. Seluar panjang hitam sudah tersarung pada sepasang kaki yang berusia lapan puluh tahun. Namun, langkahnya masih tegap tanpa bantuan tongkat. Sebentar lagi dia akan ke Pusat Bahasa Jiwa Bangsa. Bertahun rasanya dia tidak ke sana. Dia telah menerima undangan daripada pusat itu menerusi e-mel sepurnama yang...




