Topik diikuti
Pergi ke BHkuDi Sebalik Bangku-Bangku Kosong
Di Sebalik Bangku-Bangku Kosong
Profesor Bob Lubis menghadap cermin sambil memperkemaskan kemeja batik berlengan panjang yang membalut tubuhnya. Seluar panjang hitam sudah tersarung pada sepasang kaki yang berusia lapan puluh tahun. Namun, langkahnya masih tegap tanpa bantuan tongkat. Sebentar lagi dia akan ke Pusat Bahasa Jiwa Bangsa. Bertahun rasanya dia tidak ke sana. Dia telah menerima undangan daripada pusat itu menerusi e-mel sepurnama yang lalu.
Sudah lama dia tidak menyampaikan ceramah di tanah tumpah darahnya. Bukannya tidak diundang atau tidak sudi. Dia terpaksa menolak demi menyahut undangan ceramah yang datang bertubi-tubi daripada pertubuhan-pertubuhan sastera di luar negara.