BELFAST (Ireland Utara): Chelsea menewaskan Villarreal 6-5 menerusi tendangan penalti untuk menjulang Piala Super Uefa buat kali kedua selepas perlawanan yang berlanjutan sehingga 120 minit di Windsor Park.
Penjaga gawang gantian Kepa Arrizabalaga menyelamatkan tendangan penalti kapten Villarreal Raul Albiol untuk memastikan kesudahan perlawanan yang ceria bagi Chelsea.





