Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea juara Piala Super Uefa

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



BELFAST (Ireland Utara): Chelsea menewaskan Villarreal 6-5 menerusi tendangan penalti untuk menjulang Piala Super Uefa buat kali kedua selepas perlawanan yang berlanjutan sehingga 120 minit di Windsor Park.



Penjaga gawang gantian Kepa Arrizabalaga menyelamatkan tendangan penalti kapten Villarreal Raul Albiol untuk memastikan kesudahan perlawanan yang ceria bagi Chelsea.



Ia memulakan perlawanan dengan positif dan menjaringkan gol pembuka tirai menerusi Hakim Ziyech dalam separuh masa pertama, tetapi pudar pada separuh masa kedua untuk membenarkan Villarreal bangkit.



Pasukan dari La Liga Sepanyol itu membuat dua percubaan yang hinggap di palang gawang sebelum Gerard Moreno menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-73 yang akhirnya melanjutkan perlawanan ke masa tambahan.



Chelsea, yang dijangka mendapatkan semula khidmat penyerang Romelu Lukaku dari Inter Milan dengan harga rekod £97.5 ($183 juta), gagal menjaringkan gol kedua, meskipun Christian Pulisic dan Mason Mount nyaring berbuat demikian.



Ini adalah kali pertama Piala Super dimainkan di Ireland Utara dan perlawanan di Stadium Belfast Selatan itu disaksikan 13,000 orang, bilangan tertinggi yang dibenar menyaksikan acara sukan di negara itu sejak pandemik menular. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >