Dua ekor kucing didakwa ditinggalkan oleh pemiliknya, seorang warga Singapura, di sebuah hotel haiwan peliharaan di Johor Bahru (JB) selama lebih sebulan, menyebabkan bil penginapan tertunggak mencecah RM 3,108 ($978).
Pengusaha hotel haiwan tersebut, Camp Kitty, mendakwa pemilik berkenaan gagal mengambil semula kedua-dua kucingnya, Ashley dan Winter, meskipun beberapa kali dihubungi dan diberi peluang untuk menyelesaikan perkara itu.




