Warga Singapura yang membeli Saham Diskaun Khas (SDS) Singtel dan menyimpannya dalam akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka kini boleh menguruskan saham tersebut secara langsung melalui akaun Depositori Pusat (CDP) masing-masing.
Singtel dan Lembaga CPF mengumumkan pada 23 November bahawa mereka telah menyelesaikan pemindahan SDS pada 21 November, sekali gus menamatkan peranan Lembaga CPF sebagai pemegang amanah saham berkenaan.




