BERBEKALKAN cinta terhadap bidang kejururawatan dan keprihatinannya terhadap penduduk Singapura yang kian menua dengan pesat, Cik Zuraidah Sulaiman, 44 tahun, meninggalkan pekerjaannya di hospital penjagaan akut dan beralih ke hospital penjagaan warga emas di Hospital Masyarakat Ren Ci lebih tiga tahun lalu.
Walaupun mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam bidang kejururawatan, Klinisian Jururawat Kanan (Jururawat Amalan Lanjut) itu sentiasa mencari...





