Sebanyak $5 juta akan diperuntukkan bagi menyokong lebih daripada 22,000 pelajar Melayu/Islam melalui skim baharu Yayasan Mendaki, dengan setiap pelajar yang layak bakal menerima baucar elektronik (e-baucar) bernilai $250 bagi membantu meringankan perbelanjaan persiapan kembali ke sekolah.
Di bawah skim baharu ‘Siap Sekolah’ ini, pelajar sepenuh masa daripada isi rumah berpendapatan per kapita (PCI) bulanan tidak melebihi $1,000 akan menerima...




