MULAI Sabtu (24 Julai), mereka yang menggunakan kotak set-top haram yang dapat menstrimkan filem cetak rompak dan rancangan televisyen percuma akan dapat menukarnya, bersama potongan harga, kepada kotak set-top yang tidak melanggar undang-undang untuk menonton kandungan yang ditawarkan StarHub. Pengguna perlu membayar yuran langganan $30 sebulan untuk menonton kandungan yang sah. StarHub mengatakan ini termasuk siri TV dan filem blockbuster...





