Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

StarHub tawar pelan baru demi galak pengguna tidak guna kotak set-top haram

Jul 23, 2021 | 6:53 PM
b34e07e4-4eef-4a86-8174-68ab00fee355
- Foto fail

MULAI Sabtu (24 Julai), mereka yang menggunakan kotak set-top haram yang dapat menstrimkan filem cetak rompak dan rancangan televisyen percuma akan dapat menukarnya, bersama potongan harga, kepada kotak set-top yang tidak melanggar undang-undang untuk menonton kandungan yang ditawarkan StarHub. Pengguna perlu membayar yuran langganan $30 sebulan untuk menonton kandungan yang sah. StarHub mengatakan ini termasuk siri TV dan filem blockbuster daripada Disney + dan HBO Go.

Tawaran itu sebagai promosi baru oleh telko tempatan itu dalam usaha memerangi cetak rompak digital dan menjadikan kandungan sah sebagai lebih menarik dari segi harga. Di bawah tawaran pertukaran di beberapa kedai StarHub terpilih, telko itu akan memberi pelanggan $120 untuk membayar yuran $5 sebulan yang biasa dibayar pelanggan untuk menyewa kotak set-top StarHub TV+ selama dua tahun, tempoh kontrak langganan. Selepas itu, bayaran sewa kotak akan dikenakan.

Sedang akses bagi kandungan HBO Go di bawah pelan kontrak itu berlangsung selama dua tahun, akses percuma Disney+ akan berakhir pada 22 Februari 2023. Ketua kumpulan perniagaan pengguna StarHub, Encik Johan Buse, berkata tawaran terbaru itu bertujuan mendorong pengguna untuk tidak lagi menggunakan kotak set-top haram mereka. Perkara ini dilakukan selepas terdapat rancangan baru-baru ini untuk mengemas kini Akta Hak Cipta untuk mengukuhkan peraturan hak cipta di sini. - ST.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg