TOKYO: Lima meter dan jurang kedudukan 206 mata memisahkan atlet lawan pedang Singapura Kiria Tikanah Abdul Rahman dan pemain nombor satu dunia Romania, Ana Maria Popescu, di Dewan Makuhari Messe Hall pagi semalam.
Tetapi, sedang jam menunjukkan hanya tinggal 35 saat dalam perlawanan pusingan kelompok 32 pesaing wanita di Sukan Olimpik, mereka dipisahkan dengan hanya satu mata.





