Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK TOKYO 2021

Kiria nyaris kejutkan atlet No 1 dunia

Atlet lawan pedang Singapura tersingkir selepas tewaskan lawan No 90 dunia lebih awal
Jul 25, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Lima meter dan jurang kedudukan 206 mata memisahkan atlet lawan pedang Singapura Kiria Tikanah Abdul Rahman dan pemain nombor satu dunia Romania, Ana Maria Popescu, di Dewan Makuhari Messe Hall pagi semalam.



Tetapi, sedang jam menunjukkan hanya tinggal 35 saat dalam perlawanan pusingan kelompok 32 pesaing wanita di Sukan Olimpik, mereka dipisahkan dengan hanya satu mata.



Kiria, 21, hampir mengejutkan Popescu apabila merapatkan skor kepada 10-11. Tetapi, lawannya, 36 tahun, dan memiliki dua pingat Olimpik, terus menang 15-10.



Dengan peluh masih menetes di dahinya, Kiria berkata:



"Pada penghujung pertandingan, saya berburu-buru sedikit kerana saya ingin mengekalkan momentum (setelah menjaringkan dua mata berturut-turut) dan juga kerana... saya tidak mempunyai banyak masa yang tinggal,'' katanya.



Beliau menambah, pesaingnya melihat apa yang berlaku dan memanfaatkannya.



Popescu pernah memenangi pingat perak dalam perlawanan individu di Sukan Beijing pada 2008 dan pingat emas bagi acara berpasukan di Rio lapan tahun kemudian.



Jurulatih Kiria, Henry Koh, menyatakan bahawa berdasarkan persembahan Kiria semalam, pengetahuan taktikal dan semangat mentalnya "naik setengah tahap lagi"..



"Fikirkan, adakah anda benar-benar meningkatkan kekuatan atau kemahiran dalam tiga hari? Tidak, apa yang bezakan di sini ialah di sini,'' kata Koh, sambil menunjukkan kepalanya.



Ini penampilan sulung Kiria dalam Sukan Olimpik.



Mahasiswi jurusan kimia di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu telah berkecimpung selama 13 tahun dalam sukan lawan pedang.



"Apabila kami (Kiria dan jurulatih Koh) menetapkan matlamat, kami fikir saya akan berjaya bertanding di Sukan Olimpik hanya pada 2024. Matlamatnya ialah 2024, bukan 2020.



"Jadi, Sukan Olimpik 2020 adalah satu bonus... dan ia muncul sebagai satu kejutan," ujar Kiria kepada Berita Minggu sebelum ke Tokyo.



Awal dari itu, Kiria mengejutkan atlet nombor 90 dunia Coco Lin dari Hong Kong 15-11.



Kiria, yang menyambut ulang tahun ke-21 beliau bulan lalu, melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo setelah menewaskan pesaing dari Kazakhstan, Ulyana Balaganskaya, 15-13 dalam final acara epee wanita dalam Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia-Oceania di Tashkent April lalu.



Beliau atlet lawan pedang kedua Singapura yang layak ke Sukan Olimpik itu.




"Pada penghujung pertandingan, saya berburu-buru sedikit kerana saya ingin mengekalkan momentum (setelah menjaringkan dua mata berturut-turut) dan juga kerana... saya tidak mempunyai banyak masa yang tinggal."
- Kiria Tikanah mengulas persembahannya selepas tewas di tangan Ana Maria Popescu dari Romania.



"Fikirkan, adakah anda benar-benar meningkatkan kekuatan atau kemahiran dalam tiga hari? Tidak, apa yang bezakan di sini ialah di sini.''
- Henry Koh, jurulatih Kiria, sambil menunjukkan kepalanya, sebagai mengulas pengalaman yang diraih Kiria.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >