Program Pelatih SGUnited telah dilancarkan pada Jun tahun lalu di tengah-tengah pandemik Covid-19 sebagai usaha memberi laluan kepada lulusan baru menimba ilmu dan pengalaman kerja. Ia menyediakan peluang latihan kepada peserta untuk meraih kemahiran yang relevan dengan industri dan mempertingkat daya kerja mereka sebagai persiapan bagi pemulihan ekonomi kelak. Program itu telah menerima sambutan baik, dengan sebahagian peserta berjaya menerima...





