LONDON: Pemain midfield Manchester City Kevin de Bruyne mengalami patah hidung dan soket mata semasa kekalahan final Liga Juara-Juara menentang Chelsea.
Pemain berusia 29 tahun itu digantikan pada minit ke-60 oleh Gabriel Jesus setelah bertembung dengan Antonio Rudiger. De Bruyne dilihat mengalirkan air mata apabila meninggalkan padang.





