Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Penyertaan de Bruyne jadi tanda tanya akibat patah hidung, soket mata

Jun 01, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pemain midfield Manchester City Kevin de Bruyne mengalami patah hidung dan soket mata semasa kekalahan final Liga Juara-Juara menentang Chelsea.



Pemain berusia 29 tahun itu digantikan pada minit ke-60 oleh Gabriel Jesus setelah bertembung dengan Antonio Rudiger. De Bruyne dilihat mengalirkan air mata apabila meninggalkan padang.



Beliau memberi maklumat terkini mengenai kecederaannya setelah menjalani rawatan di hospital kelmarin.



"Hi semua, saya baru pulang dari hospital," kata pemain nasional Belgium itu di Twitter.



"Diagnosis saya ialah patah tulang hidung akut dan patah soket mata kiri. Saya rasa okey buat masa ini. Jelas masih kecewa mengenai (kekalahan) semalam tetapi kami akan bangkit semula."



De Bruyne dinamakan dalam skuad Belgium untuk Euro 2020, berdepan Russia dalam perlawanan pertama mereka pada 12 Jun. Tiada petunjuk apakah beliau akan dapat beraksi dalam perlawanan di St Petersburg itu, atau kecederaannya mengancam penyertaannya dalam baki perlawanan kejohanan Eropah itu.



Jurulatih Belgium Roberto Martinez mengecam Rudiger menyusuli kejadian itu.



"Apabila anda melihat semula ulangan, tiada pertembungan kepala. Dia betul-betul menggunakan bahunya ke arah Kevin. Beliau (Kevin) mengalami konkusi dan kita akan lihat keadaannya.



"Tetapi, ini mengecewakan sebab Rudiger memegang kepalanya (seolah-olah beliau juga cedera) - ia kelihatan beliau ingin menunjukkan bahawa beliau menyembunyikan sesuatu.



"Bagi saya, beliau menggunakan kekuatan berlebihan dan tindakan itu semberono. Dan beliau sepatutnya dilayangkan kad merah. Kevin bukan pemain yang mudah jatuh tanpa sebarang sebab. Anda boleh lihat kesakitan dan matanya bengkak."



City tewas 1-0 dalam final di Porto, Portugal, itu.



Rudiger memuat naik pos di Twitter kelmarin, mengatakan beliau telah menghubungi De Bruyne bagi mengucapkan semoga beliau cepat sembuh.



Pemain Jerman itu berkata: "Saya benar-benar minta maaf atas kecederaan @DeBruyneKev. Sudah tentu ini tidak disengajakan oleh saya - saya sudah menghubungi Kevin secara peribadi dan saya benar-benar berharap beliau cepat sembuh dan kita dapat melihatnya kembali di padang segera." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >